Monday, May 17, 2010

GANJARAN SEMPENA HARI GURU 2010

KUANTAN - Berita gembira sempena Hari Guru yang disambut semalam apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan ganjaran kewangan kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, mereka yang mencapai sasaran Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) kementerian itu ditetapkan bakal mendapat imbuhan wang tunai antara RM900 hingga RM7,500 mulai tahun ini.

"Selaras dengan konsep mengutamakan pencapaian dan keberhasilan, melalui tawaran baru ini, ganjaran kewangan akan diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing melepasi Skor Komposit 92 peratus bagi sekolah menengah dan 84 peratus bagi sekolah rendah.

"Pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900," katanya